Pages

Sunday, 11 December 2011

Aktiviti Kreatif

Aktiviti Pengukuhan / Pengayaan :
Sebagai aktiviti tambahan untuk memupuk minat dan memperkukuhkan penguasaan.

Bahan-bahan yang diperlukan: 
Gam / Pita pelekat
Gunting
Gambar mata, hidung, mulut, dan telinga
Belon.

Cara-cara:
1. Murid dibimbing menggunting gambar
2. Murid dibimbing meniup belon
3. Murid dibimbing melekatkan gambar anggota pada tempat yang sesuai.
4. Murid mempamerkan hasil kerja.
*semasa aktiviti ini guru boleh meminta murid menyebut nama-nama anggota tersebut atau mengeja.
(Bergantung pada tahap murid-murid)


Saturday, 10 December 2011

Mari menyanyi lagu bangun pagi








klik gambar / tajuk lagu untuk mendengar dan menyanyi lagu dalam versi karaoke.
Anda juga boleh mencetak lirik lagu tersebut.


Selamat Menyanyi...




Melalui lagu tersebut mari kita bincangan nilai-nilai murni dalam pengurusan diri.

Melabel Anggota Badan

MELUKIS GAMBAR DAN MELABEL ANGGOTA

1. Tekap badan di atas kertas putih.


2. Mewarna dan melabel anggota badan bersama-sama




3. Mempamerkan hasil kerja dan seterusnya peneguhan oleh guru / ibubapa



idea asal untuk aktiviti ini dari mamahomeschool

Buku Rujukan : Anggota Badan Saya



Siri Bahasa Melayu Prasekolah Dewan: Anggota Badan Saya  Siri Bahasa Melayu Prasekolah Dewan: Anggota Badan Saya 

PENULIS / PENYELENGGARA:
Siti Hana Satipan

PENERBIT:
DBP

NO. KK:
499 2063211

ISBN:
9789836296870

TAHUN TERBITAN:
2008

HALAMAN:
20
Untuk mendapatkan buku ini klik link: dawama.com





Berikut saya paparkan ayat-ayat Al-Quran yang ada kaitan dengan topik pengajaran : Mengenal Anggota Badan



Ayat Al-Quran berkaitan anggota badan

Mari mengenali anggota badan dan cara menjaganya






KEGUNAAN ANGGOTA TUBUH DAN CARA MENJAGANYA:

1. Mata untuk melihat
Cara menjaga mata
a. Jika mata terasa pedih atau gatal, jangan digosok, segeralah berjumpa dengan doktor mata
b. Makan sayur-sayuran dan buah-buahan untuk mendapatkan mata dan penglihatan yang baik.


2. Telinga untuk mendengar
cara menjaga telinga :
a. bersihkan bagian luar secara teratur,hindari membersihkan bagian,dalam dengan benda keras.
b. hindari mendengar suara atau bunyi yang terlalu kuat


3. Hidung berguna untuk mencium bau-bauan
cara menjaga hidung :
a. bersihkan bagian luar secara teratur hindari membersihkan bagian dalam dengan benda keras



MENGAMALKAN GAYA HIDUP SIHAT
Anda inginkan kehidupan yang sihat dan bertenaga?
1. Makan makan seimbang dan berkhasiat.
2. Menggunakan pakaian bersih
3. Menjaga kebersihan persekitaran
4. Bersenam dengan teratur

Contoh RPH

Berikut adalah contoh Rancangan Pengajaran Harian yang berkaitan dengan 
Topik: Mengenal Anggota Badan


Info untuk guru-guru

Anda perlukan ayat-ayat Al-Quran yang berkaitan dengan anggota badan?
Ia mungkin boleh digunakan sebagai sokongan/ info tambahan semasa sesi p-p.

klik (sini ) untuk ayat-ayat tersebut

Friday, 9 December 2011

CD Belajar Mengenal Anggota

Semasa saya berlegar di alam maya untuk mencari bahan-bahan yang berkaitan dengan
tajuk: Mengenal Anggota Badan







Menarikkan?

Cerlang Minda Prasekolah Diri Saya
Jika anda berminat dengan bahan ini (CD),
bolehlah berhubung dengan: Cikgu Fauziah


Kad Imbasan Anggota Badan


Flash Card dengan gambar yang menarik perhatian kanak-kanak
Siri ini mengandungi 18 perkataan yang terdiri daripada:
  1. mata
  2. bahu
  3. buku lali
  4. gigi
  5. hidung
  6. ibu jari
  7. janggut
  8. jari
  9. kaki
  10. leher
  11. lengan
  12. lidah
  13. lutut
  14. mulut
  15. perut
  16. rambut
  17. siku
  18. telinga
Semoga flash card yang disediakan oleh cikgu Redzuan Riza ini dapat membantu guru-guru yang memerlukan kad imbasan
Flash Card dengan format .pdf boleh dimuat turun dengan mengklik butang “Download” di bawah. 

Thursday, 8 December 2011

Aktiviti Mewarna

Menggunakan gambar-gambar anggota badan dari entry ini (klik)
saya telah menhasilkan gambar yang boleh diwarnakan oleh murid-murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah:


murid PK4 downsindrom
aktiviti mewarna, 2 orang begitu leka mewarna dan 2 orang lagi siap "berposing"


 gelagat murid-murid PK4


Begitulah gelagat murid-murid pendidikan khas yang memerlukan bayak bimbingan dan perhatian.

Gambar Anggota Badan



Gambar-gambar yang boleh digunakan sebagai Bahan-bantu Mengajar untuk topik anggota badan.